Friday, 10 October 2014

Kenapa kulit kusam dan banyak whitehead?


Hai Cik Fifie, Saya Puan Nina pengguna produk Zarraz Paramedical. Saya dah pakai produk zarraz ni selama 6 bulan. Pada 3 bulan pertama saya menggunakan produk ini, saya sangat berpuas hati kerana kesemua jerawat, parut dan pigmentasi saya telah hilang sepenuhnya.

Saya yang telah berusia 35 tahun telah dicadangkan untuk menggunakan 4 produk iaitu calming cleansing milk, calming cleanser rose, essence sebum gel dan sun protection spf50 for acne and sensitive pada awalnya. Dan selepas sebulan menggunakan produk tersebut, perubahan sangat ketara, kulit saya sangat lembut, jerawat telah kering semuanya.

Hanya tinggal parut dan pigmentasi sahaja yang masih ada namun kulit nampak sangat gebu dan tegang. Kemudian saya menambah produk firming cleanser dan stemcell sleeping gel. Saya menggunakan 6 item produk ini sehingga sekarang. Namun sekarang, selepas 6 bulan saya menggunakan produk ini, saya dapati kulit saya menjadi kusam dan banyak whitehead. Boleh terangkan kenapa kulit menjadi kusam dan banyak whitehead?

Menjawab kepada soalan di atas.
Saya sangat suka kepada pengguna yang suka bertanya dan tidak cepat membuat andaian sendiri terhadap produk Zarraz Paramedical. Kenapa kulit kusam dan timbul whitehead?

Pertama sekali, anda perlu tengok pada usia anda. Tahukah anda bahawa badan kita mampu menghasilkan stemcell dan kolagen yang sendiri. Setiap hari akan ada stemcell dan kolagen baru yang dihasilkan atau dijana oleh tubuh kita sendiri. Namun pada usia 25 tahun dan keatas, badan kita tidak mampu lagi menghasilkan stemcell dan kolagen setiap hari. Malah semakin hari semakin banyak kita sehilangan stemcell dan kolagen badan. Stemcell dan kolagen yang berkurangan mempengaruhi seluruh tubuh kita termasuklah kulit. Stemcell yang berkurangkan menjadikan lebih banyak sel kulit mati pada kulit.

Dan sel kulit mati inilah yang menjadikan kulit kusam dan membentuk whitehead. Produk Zarraz Paramedical hanya membantu menghasilkan sel-sel baru kulit, membersih, merawat dan mencerahkan kulit, namun ianya tidak mampu membuang sel kulit mati yang banyak itu tadi.

Untuk membuang sel kulit mati ini, anda hendaklah melakukan rawatan facial sebulan sekali atau setidak-tidaknya 2 bulan sekali untuk mengelakkan kulit menjadi kusam dan mempunyai whitehead/blackhead.

No comments:

Post a Comment