Perkhidmatan Mobile SPA

Punca Masalah Kulit Sensitif
Kulit sensitif dapat dilihat menerusi ciri-ciri fizikal seperti kulit yang lebih nipis, kulit terasa tegang akibat kekeringan, bertompok kemerah-merahan, menggelupas dan mudah bertanda merah.

Biasanya alahan ini disebabkan pelbagai faktor antaranya genetik, gaya hidup seperti tekanan, tabiat pemakanan, prosedur perubatan, Perubahan hormon, gaya hidup, salah guna produk kecantikan dan alam sekitar seperti pencemaran dan perubahan cuaca.


Secara biologi kulit menjadi alah atau terlalu merengsa bagi lapisan epidermis atau lapisan kulit pelindung.

"Kerengsaan ini terbahagi kepada imunogen iaitu apabila kulit diserang, sel kulit setempat mendapat amaran dan diaktifkan untuk melawan penyerang. Tindakan alahan pada kulit menyebabkan munculnya merah, sakit dan gatal.
"Kerengsaan neurogenik pula dicetuskan oleh sistem imuniti tetapi ini diakibatkan oleh sistem saraf. Apabila bahan kimia itu mengaktifkan sistem saraf deria, saraf itu mengeluarkan bahan yang menyebabkan ketidakselesaan dan mengakibatkan kemerahan, sakit dan gatal.

Kulit yang mudah sensitif selnya akan rosak secara kekal sekiranya tidak dirawat dan akan mengakibatkan masalah kulit yang serius dan penuaan pramatang.
Justeru, untuk merawat dan menjaga kulit sensitif seseorang itu perlu mengelak melakukan perkara yang boleh menyebabkan alahan seperti membersih dengan terlalu kuat, memicit kulit muka, pengelupasan atau terdedah kepada cuaca melampau.

Pada masa kini, hamper 80% wanita yang mengalami kulit wajah sensitif. Dan kebanyakkannya disebabkan oleh masalah salah guna produk. Ramai Antara mereka yang telah menggunakan produk pengelupasan sebelum ini sehingga mengakibatkan lapisan Epidermis kulit telah menipis atau terhakis. 

Akibat dari itu, kulit menjadi kemerahan, gatal, mudah ditumbuhi jerawat.
Selain itu, akibat sentiasa bertukar-tukar produk dari satu jenama ke jenama yang lain juga boleh mengakibatkan masalah kulit sensitif. Terutama jika produk yang mereka gunakan itu mengandungi bahan-bahan kimia, merkuri atau hidrokuinon.

Kulit yang sensitif biasanya akan mempunyai ciri-ciri berikut:
Kulit terasa kering dan gatal di beberapa tempat selepas mencuci muka dengan pencuci muka.
Kulit akan terasa kadang kala selesa, kadang-kadang gatal selepas mencuci muka dengan pembersih krim.
Tompok-tompok yang mengeripik dan beberapa kemerahan mungkin muncul selepas tengahari.
Mudah ditumbuhi Jerawat dan kulit kemerahan terutama di kawasan kedua belah pipi.

Harus diingat, kulit yang sensitif haruslah tidak menggunakan air sejuk (ais batu) atau air suam (air heater). Dan yang paling terbaik jika anda boleh mencuci muka menggunakan mineral water kerana mineral water mengandungi “mineral” yang boleh memberikan vitamin pada kulit serta bebas dari sebarang klorin.
Selain itu, pemilihan pencuci muka dan krim muka adalah sangat penting. Kulit sensitif haruslah tidak menggunakan pencuci muka yang mampu menghasilkan buih yang banyak. Namun yang terbaik, gunakan pencuci muka yang lembut seperti pencuci muka dalam bentuk susu atau yang tidak menghasilkan buih yang banyak.


Oleh kerana pada masa kini, terlalu ramai wanita di luar sana yang menghadapi masalah kulit sensitif, maka dengan rasa tanggungjawab, Zarraz Paramedical mengeluarkan produk yang benar-benar mampu merawat masalah kulit sensitif ini.

Pada mulanya, produk yang bersifat paramedical ini hanya boleh didapati di SPA Zarraz sebelum ini (6 tahun lepas), namun kerana permintaan yang sangat tinggi produk ini mulai dijual di pasaran sejak 2 tahun yang lepas melalui agen yang bertauliah, terlatih dan telah pakar dalam bidang dermatology.

Antara Set Produk Zarraz Paramedical yang merawat khas untuk masalah kulit sensitif ini adalah Calming Cleansing Milk, Calming Cleanser Rose, Essence Sebum Gel, dan Sun Protection SPF50 for Acne & Sensitive Skin. Berikut merupakan kelebihan setiap produk ini.






No comments:

Post a Comment